Dia berkeperibadian lemah lembut. Air muka juga boleh menenangkan hati sesiapa sahaja yang berkawan dengannya. Dialah yang empunya nama Nora.

 

Diam tak diam kini sudah 17 tahun menjadi isteri yang setia kepada suaminya, Khairuddin. Sudah dikurniakan enam orang cahaya mata. Walaupun Nora tidak bekerja, menjadi seorang surirumahtangga sepenuh masa pastinya memberikan jutaan pahala jika dibandingkan dengan wanita lain yang bekerjaya tetapi menghantar anak untuk dijaga oleh orang lain.

 

Khairuddin pula seorang suami yang sangat menitik beratkan hal agama. Solat tidak pernah tertinggal walau satu waktu pun. Sentiasa berpuasa enam setiap kali di Bulan Syawal. Sebab itulah, setiap kali aidilfitri,  keluarga ini akan pulang ke kampung tanggal 8  Syawal.

 

Bayangkanlah, setelah 17 tahun mendirikan rumahtangga, baru terbuka hati Si Nora untuk mengambil lesen memandu. Rasanya sekarang umurnya dah mencecah 40 tahun. Itupun dengan alasan senang kalau nak hantar dan jemput anak-anak pulang dari sekolah.

 

Bila Nora meminta sahaja kebenaran daripada suaminya untuk mengambil lesen memandu, suaminya berbesar hati mengizinkannya. Tetapi dengan satu syarat:

 

Nora terkedu mendengar syarat suaminya itu. Walaubagaimanapun dia tidak pun  menganggap itu sebagai syarat, tetapi dia tahu itu adalah kewajiban dan satu tuntutan daripada Allah s.w.t. Keesokkannya Nora mencari jiran yang mengajar anak-anaknya mengaji  dan mula mengaji Al-Quran dengan jirannya itu sehingga khatam. Memandangkan Nora sendiri memang lancar mengaji, tidak sampai setengah tahun pun dia berjaya khatam Al-Quran.

 

Selepas itu, dia teruskan hasratnya untuk mendapatkan lesen memandu sehingga lulus ujian memandu. Suaminya hanya tersenyum dan bangga melihat semangat Nora. 

 

Moral of Story: 

Suami yang menjadi pemandu arah dan petunjuk jalan dalam sesebuah rumahtangga. Kalau jalan yang dipandu itu betul, maka sampailah ke destinasi dengan bahagia bersama para pengikutnya. Jika jalan yang dipandu itu sendiri tak betul, maka tersesatlah keluarga anda untuk ke destinasi bahagia diakhirat kelak.