“Banyaknya notifications !”. Sarah bercakap sendirian di depan laptop kesayangannya.

 

Wall di facebook  Sarah sesak ditaburi dengan puluhan ucapan tahniah di atas majlis perkahwinannya bersama suaminya, Arith. Alangkah penatnya di rasakan untuk membuat persiapan bagi meraikan hari bahagianya itu.  Walaubagaimanapun, kepenatan itu hanya sebuah persinggahan sementara sebagai ujian ketahanan otot-otot tubuh badannya.  Majlis itu tetap menjadi sebuah kisah indah untuk dijadikan novel hidupnya.

 

Arith, anak bongsu kepada Datuk Azman dan Datin Hasmah. Berperwatakan manja, dan terlalu mengambil berat mengenai insan-insan kesayangan disekelilingnya. Arith juga merupakan anak kesayangan Datuk Azman dan Datin Hasmah. Sifat penyayang dan terlalu mengambil berat itulah menjadi baja cinta yang menyuburkan sekeping hati seorang wanita yang benama  Sarah Hani.

 

Arith merupakan adik bongsu kepada dua orang abang kesayangannya iaitu Affan dan Aizat. Arith juga umpama guru kaunseling dan tempat  gurau senda kedua-dua kakak iparnya yang juga merupakan anak orang kenamaan. Kesemua mereka tinggal di banglo Datuk Azman kecuali Aizat dan isterinya, Amni yang menetap di Beijing dan kini sibuk menguruskan Restoran Makanan Asianya di China.

 

Sudah sebulan Sarah Hani menjadi penghuni banglo mewah Datuk Azman dan Datin Hasmah. Seminggu itu jugalah ujian bagi dirinya untuk memperoleh markah terbaik sebagai menantu kepada ahli korporat itu. Terasa begitu asing baginya apabila tinggal di dalam rumah yang serba mewah. Tidak  seperti kehidupan di kampung halamannya. Setiap pagi apabila diselak sahaja jendela, udara segar yang  menjadi santapan ‘anfun’nya. Kokokan ayam menjadi halwa telinganya dan sinar mentari menjadi semangat hari-harinya. Sebaliknya di dalam banglo mewah itu hanya diselimuti dinginnya penghawa dingin. Sekali sekala rindu kepada kehidupan di kampung mengetuk pintu hatinya.

 

Dek kerana sudah menjadi kebiasaan hidup Sarah Hani ketika di kampung yang suka mengemas rumah, memasak dan menanam sayuran, jadi di banglo mewah itu jugalah dia membantu pembantu rumah, Bibik Lela melakukan kerja-kerja tersebut. Sifat lemah lembut dan sangat menghormati orang tua menjadikan Sarah Hani bukan sahaja suri dihati Arith tetapi menjadi pujaan kepada Datuk Azman dan Datin Hasmah.

 

” Sarah, tolong buatkan kak Lieya Fresh Orange boleh tak?” Suruh birasnya yang sulung, isteri kesayangan Affan Datuk Azman.

 

“Boleh kak, Sarah buatkan untuk akak sekarang juga.” Jawab Sarah dengan tenang.

 

“Ni dia Fresh Orange kak. Sarah nak masuk bilik dulu untuk Solat Asar.” Kata Sarah kepada Lieya.

 

“Ok. Eh, mama pergi mana? sunyi je rumah ni.” Soal Lieya dengan segera.

 

“Owh, mama temankan papa ke majlis perasmian pembukaan Taman Kirana. Mungkin mereka balik lewat sebab mereka terus dinner kat luar”. Jelas Sarah sambil melangkah perlahan menuju ke biliknya.

 

“Seronoknya takda sape kat rumah ni. Abang Affan pun balik lewat. Wah, akulah ‘queen’ di banglo ni malam ni”. Desis hati Lieya.

 

“Tuk tuk tuk!” Ketukan pintu bilik Sarah kedengaran.

 

“Eh Kak Lieya. Ada apa kak?”. Sahut Sarah selepas membuka pintu biliknya dan melihat Lieya berdiri tegak di hadapannya.

 

“Hey Sarah, kau tahu kan dah hampir tiga tahun aku jadi isteri abang Affan. Tiga tahun jugalah aku tinggal di banglo mewah ni. Tapi, aku tengok mama and papa lebih ambil berat tentang kau daripada aku dan Zirra, biras kau yang lagi sorang tu. Kenapa hah?” Tiba-tiba Lieya mengeluarkan perkataan tersebut dengan suara yang agak lantang.

 

“Apa kak Lieya cakapkan ni? Sarah rasa mama dan papa layan semua menantunya dengan adil. Mama dan papa hadiahkan hadiah perkahwinan kita semua dengan hadiah yang sama. Abang Arith kata Kak Lieya dan Kak Zirra pun dapat rantai mutiara kan. Jadi mana ada mama dan papa lebihkan Sarah antara kita bertiga.” Jawab Sarah Hani dengan lembut.

 

“Sudahlah kau, jangan nak hipokrit lah. Kau sendiri tahu kan mama dan papa layan kau macam puteri dalam banglo ni kan. Yelah, bila masa makan mulalah mama suruh kau tambah lauk lah, bergurau senda dengan kau dan Arith di meja makan. Mama sanggup marah Bibik Lela sebab ternampak kau cuci pinggan hari tu kan. Masa aku mula-mula kahwin dengan abang Affan dulu takda pula mama layan aku macam tu sekali.” Bebel Lieya dengan nada tidak berpuas hati.

 

“Tak baik Kak Lieya berprasangka pada mama. Sarah tahu, mama tidak pernah membandingkan kita bertiga kak. Kak, maafkan Sarah andainya kehadiran Sarah di banglo ni merungsingkan hati dan fikiran akak. Sarah takda sesiapa lagi di sini kak. Sarah anggap Kak Lieya seperti kakak kadung Sarah sendiri. Sarah taknak hubungan kita tercalar disebabkan alasan yang tidak masuk akal ini kak. Walaubagaimanapun kita semua sudah menjadi satu keluarga.Sarah sayangkan semua orang di dalam banglo ni termasuk akak.” Jelas Sarah dengan nada hiba.

 

“Tu mama dan papa dah balik. Jangan cakap apa-apa pasal perbualan kita ni dengan mereka ok. Kalau aku tahu mama atau papa tahu tentang perbualan ni, siaplah kau.” Arah Lieya kepada Sarah sebaik sahaja ternampak silauan cahaya dari lampu kereta milik Datuk Azman dan Datin Hasmah.

 

“Ya Allah, sesungguhnya hanya kepada-Mu tempat aku berlindung dari sebarang kemudaratan dan kesedihan. Kuatkanlah imanku, tingkatkanlah kesabaranku Ya Allah.” Doa Sarah Hani dengan penuh harapan.

 

“Hah Lieya, kenapa tak tidur lagi?. Affan belum balik lagi ke?”. Soal Datuk Azman yang terlihat Lieya sedang memeluk bantal sambil menonton televisyen.

 

“Abang Affan belum  balik lagi pa. Lieya tengah tunggu dia lah ni”. Jawab Lieya ringkas.

 

“Sarah dah tidur?” Soal lagi Datuk Azman.

 

“Dah.” Jawab Lieya lemah.

 

Selang beberapa hari, Sarah Hani digemparkan dengan satu panggilan telefon daripada ibu saudaranya di kampung. Panggilan keramat itulah yang merubah segala-galanya tentang kehidupan Sarah Hani.

 

“Assalammualaikum Sarah. Mak Lang Aini ni.”

 

“Waalaikumsalam. Oh Maklang. Maklang sihat? Emak dan ayah macam mana di kampung? Mereka sihat je kan.” Balas Sarah.

 

“Sarah, Mak Lang telefon kamu ni sebab nak beri khabar tentang mak dan ayah kamu lah ni. Mereka terlibat dengan kemalangan pagi tadi masa nak ke pasar. Baliklah segera ya.” Jelas Mak Lang Aini.

 

“Ya Allah. Teruk ke Mak Lang? Sekarang mak dengan ayah kat rumah atau hospital?” Soal Sarah lagi.

 

“Mereka masih di hospital. Kamu baliklah segera ya Sarah. Mak Lang tak boleh cakap lama-lama ni Sarah. Mak Lang harap kamu segera balik yea. Baiklah Sarah, Assalammualaikum.” Talian terus terputus.

 

“Mak Lang.. hello, hello..” Sahut Sarah dengan nada terpinga-pinga .

 

Berpuluh kali cuba di dail tetapi tidak ada sesiapa pun yang menjawab panggilannya. Tanpa berlengah lagi, Sarah Hani terus menghubungi Arith. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mengajak suaminya itu pulang ke kampungnya, Kampung Seri Bayu. Arith tanpa berlengah terus menyuruh Sarah mengemas pakaian dan ditinggalkan segala kerja di pejabatnya untuk membawa Sarah pulang ke Kampung Seri Bayu. Kepulangannya ke kampung kali ini turut ditemani oleh Datuk Azman dan Datin Hasmah.

 

“Indah dan cantik sungguh kampung Sarah ni. Tenang je kat sini. Redup pula tu.” Puji Datin Hasmah yang terlihat kawasan sawah padi di Kampung Seri Bayu.

 

“Ye mama. Sarah sayangkan kampung ni. Damai sungguh bila berada di sini”. Balas Sarah Hani.

 

“Eh, van jenazah? Innalillahiwainalilahirajiun. Siapalah agaknya yang meninggal yea Sarah?. Soal Arith yang membontoti sebuah van jenazah sebaik sahaja bertembung di satu simpang jalan.

 

Hati Sarah mula berdebar-debar. Laluan van jenazah itu sama sahaja laluan Honda Accord yang dipandu oleh suaminya. Semakin menghampiri rumah emak dan ayahnya, semakin kencang degupan jantungnya. Sarah Hani mengharapakan semoga van itu masuk ke simpang yang berlainan. Tetapi kenyataannya van itu akhirnya berhenti di hadapan rumahnya.

 

Tanpa berlengah lagi, Sarah Hani berlari menuju ke van jenazah tersebut dan melihat dua tubuh yang ditutupi sucinya kain berwarna putih. Bercucuran air matanya sebaik sahaja melihat dua tubuh tersebut adalah emak dan ayahnya. Sarah terkelu dan seolah-olah seperti sedang dipukau. Dia seperti tidak percaya jenazah itu adalah jenazah emak dan ayahnya. Dia membisu mengikut orang kampung yang mengangkat kedua-dua jenazah emak dan ayahnya memasuki rumah sambil di papah oleh Arith.

 

“Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan padaku ini? Aku kini keseorangan Ya Allah. Aku tidak kuat ya Allah. Aku kini sendirian, tiada mak ayah, tiada adik beradik lain. Kuatkanlah semangatku, Ya Allah.” Pohon Sarah Hani dengan ditemani titisan air matanya.

 

“Sarah sayang, tiada siapa boleh menghalang kuasa Allah. Relakan pemergian ini Sarah. Semoga roh mak dan ayah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Bersabar ye sayang.” Bisik Arith ditelinga Sarah.

 

Selepas kedua-dua jenazah mak dan ayah Sarah selamat dikebumikan, bersaksikan batu nisan arwah mak dan ayahnya, hanya satu ungkapan sahaja yang diucapkan Sarah kepada Arith.

 

 

Malam melambai pergi dan diganti pula dengan siangnya hari, bulan juga bersilih ganti. Kini sudah setahun pemergian kedua ibu bapa Sarah. Kesunyian hadupnya kini diganti dengan khabar gembira. Khabar yang sudah lama dinanti-nantikan oleh dia dan keluarga mertuanya.

 

“Alhamdulillah, mama dan papa tak sabar nak jadi omah dan opah. Nampaknya tahun ni mama dan papa akan dapat dua orang cucu sekaligus lah kan. Syukur Alhamdulillah.” Luah Datin Hasmah kepada suaminya,Sarah, Arith, Lieya dan Affan ketika di meja makan.

 

Sarah di sahkan hamil tiga minggu dan Lieya yang sudah empat tahun menanti kehadiran cahaya mata kini juga sudah dua bulan “berbadan dua”.

 

Sejak Lieya berbadan dua, dia semakin agresif membuli Sarah dan bulinya itu menjadi agresif ketika semua penghuni di banglo sudah keluar menguruskan syarikat milik Datuk Azman, Danau Emas Berhad. Tanggal 6 Disember, berlaku satu tragedi hitam dalam hidup Sarah. Lapan bulan Sarah menjaga kandungan dengan sesempurna mungkin tetapi sekelip mata sahaja Lieya melenyapkannya. Pada waktu itu, terjadi perselisihan faham antara Sarah dan Lieya. Lieya menolak Sarah sehingga terjatuh dan Sarah pula sempat memaut bahu Lieya menyebabkan berlaku pendarahan pada mereka berdua. Bayi Sarah tidak dapat diselamatkan. Hanya bayi Lieya sahaja yang terselamat.

 

“Abang, jangan tinggalkan Sarah, semua orang yang Sarah sayang, semuanya pergi tinggalkan Sarah. Yang Sarah ada kini hanya abang”. Ungkapan yang dilafazkan setahun lalu ketika di pusara emak dan ayahnya kini diulang lagi, juga bersaksikan sepasang batu nisan. Batu nisan puteri mereka.

 

“Ya sayang, abang akan sentiasa bersama Sarah. Andainya Sarah cacat sekalipun, abang berjanji tidak akan membiarkan Sarah keseorangan. Sarah isteri abang. Abang cintakan Sarah. Sarah bersabar yea. Kita masih boleh berusaha lagi untuk mendapatkan waris kita. Mungkin ada hikmah Allah mengambil kembali puteri kita ni Sarah. Kita kena yakin dengan Qada’ dan Qadar Allah yea sayang.” Nasihat Arith kepada Sarah sambil menggenggam erat jari-jemarinya. Kata-kata semangat itulah yang menguatkan semangat Sarah Hani.

 

“Tapi Sarah, macam mana boleh terjadi hal ni? Abang tak faham. Sarah jatuh, Kak Lieya pun jatuh juga. Mesti ada perkara yang Sarah cuba sembunyikan dari abang kan ?” Soal Arith.

 

“Abang boleh janji dengan Sarah akan rahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga termasuk mama dan papa? Abang juga kena janji kena tak boleh  marah, bersabar dan tidak akan memusuhi sesiapa pun selepas Sarah ceritakan hal sebenarnya pada abang. Boleh?”. Soal Sarah pula kepada Arith.

 

“Ok, ok.. abang janji akan rahsiakan perkara ni dari pengetahuan semua orang dan abang takkan memusuhi sesiapa pun selepas dengar penjelasan Sarah. Ceritalah pada abang.” Janji Arith pada isterinya.

 

Sarah pun mula menceritakan tentang kekasaran birasnya, Lieya sepanjang dia tinggal di banglo mewah tersebut. Arith mendengar dengan penuh khusyuk dan sungguh lama dia megerutkan keningnya menandakan ada api amarah di dalam hatinya. Sesekali terlihat terbitan air mata di dalam kelopak matanya. Arith sangat marah dan amat kecewa dengan sikap kakak iparnya yang sanggup memperhambakan isteri kesayangannya selama hampir  dua tahun. Arith juga rasa bersalah kerana membiarkan isterinya disakiti oleh insan yang paling dihormati selama ini. Stereng keretanya dihentak kuat dan membuatkan Sarah terperanjat dan sedikit takut.

 

“Abang tolong jangan ceritakan hal ini pada mama, papa dan abang Affan. Tolong bang. Sarah tak mahu keluarga kita ada yang bermasam muka dan berpecah belah.”  Rayu Sarah kepada Arith.

 

“Ermmm..” Arith menjawab dengan nada kecewa. Keadaan di dalam kereta hanya ditemani celoteh DJ dari radio sinar.fm. Arith terdiam seribu bahasa selepas mendengar cerita Sarah.

 

Sampai sahaja di rumah, Arith berjalan laju menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas minuman. Tiba sahaja di dapur, dia terserempak dengan Bibik Lela. Dia pun bertanyakan mengenai sikap kakak iparnya ketika di rumah. Bibik Lela juga menceritakan kepada Arith apa yang telah dilakukan oleh Lieya kepada Sarah. Arith memendam amarah setelah Bibik Lela mengesahkan kebenaran cerita isterinya itu.

 

Seminggu selepas kejadian yang memeranjatkan itu, akhirnya Arith membuat keputusan yang menggemparkan ahli keluarganya termasuk isterinya Sarah.

 

“Papa, mama, Arith nak berhijrah ke Beijing. Sarah pun akan ikut Arith sekali.” Ucap Arith di hadapan semua ahli keluarganya di meja makan.

 

“Hah !”. Serentak semua yang berada di meja makan itu bersuara sambil kelima-lima pasang anak mata itu memandang tepat ke muka Arith.

 

“Kenapa Rith? Mendadak je ni?. Siapa yang nak ambil alih semua kerja-kerja Arith di Danau Emas tu nanti?. Sunyilah banglo ni nanti bila Arith dan Sarah takda.” Soal Datuk Azman.

 

“Sebenarnya pa, Arith nak tolong Abang Ngah uruskan bisnes dia kat sana. Lagipun Abang Ngah dah lama dah minta Arith bantu dia uruskan bisnes dia yang semakin berkembang di sana. Ish papa ni, kan Iman Iqram, cucu papa yang comel tu ada. Tak akan sunyilah banglo ni nanti. Kalau pasal kerja-kerja Arith tu biarlah Abang Affan dan Kak Lieya yang uruskan pa.” Jelas Arith sambil memandang tepat ke arah Lieya. Dilihatnya riak wajah Lieya seperti sedang gembira meraikan kemenangannya.

 

Sarah dan Arith mula membiasakan diri dengan budaya hidup masyarakat di sana sambil menjadikan Abang Aizat dan Kak Amni sebagai penasihat mereka. Allah maha mengasihani. Selepas setengah tahun mereka tinggal di Beijing, Sarah di sahkan hamil untuk kali kedua. Kali ini Arith sangat berwaspada dengan keadaan serta kandungan Sarah. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia hanya menginginkan zuriat demi menambahkan keceriaan dan menyempurnakan suasana bahagia rumah tangga mereka. Sarah juga mengharapkan kehadiran cahaya matanya kali ini akan  membuatkan dia lupa tentang  peristiwa hitam yang menimpanya dahulu.

 

Diam tak diam, sudah 20 tahun Arith, Sarah dan puterinya Darwisya Humairah menetap di Beijing. Hanya 20 kali sahaja Darwisya dapat menemui Omah, Opah, Uncle Affan, Auntie Lieya dan sepupunya, Iqram. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Walaupun hanya sekali sahaja dalam setahun mereka pulang ke Malaysia untuk menyambut Aidilfitri bersama, tetapi Malaysia tetap menjadi negara tercinta dan pujaan keluarga Arith dan Aizat.

 

Jarak yang jauh tidak menghalang Darwisya dan Iqram untuk berkawan serta berkongsi pendapat. Walaupun mereka jarang bertemu, tetapi dalam diam Iqram dan Darwisya saling berhubung melalui laman sembang sosial mereka. Akhirnya Darwisya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di Malaysia. Sarah dan Arith tidak dapat menghalang keputusan puteri tunggalnya itu kerana Darwisya menjadikan Datuk Azman dan Datin Hasmah sebagai alasannya untuk sambung belajar di Malaysia.

 

Sarah dan Arith tidak sampai hati untuk terus memisahkan Darwisya dengan oma dan opahnya. Tambahan pula kedua-dua mereka juga telah uzur dan sangat merindui cucunya itu. Sarah dan Arith cuma berharap Lieya tidak akan menyakiti puteri tunggalnya itu sewaktu Darwisya berada di Malaysia.

 

“Iqram, nanti Iqram tolong jagakan Isya ye. Auntie dan uncle hanya harapkan Iqram je. Kalau Isya buat benda yang tak elok semasa di Malaysia, Iqram tegurlah dia. Auntie tak kisah kalau Iqram nak marah Isya demi menjaga dan mendidik dia.” Pesan Sarah kepada anak saudara harapannya itu sewaktu berbual di telefon.

 

“Wah, rindunya pada Malaysia!” Jerit Darwisya setiba sahaja sampai di KLIA.

 

“Assalammualaikum Isya. Cuba teka siapa saya? Kenal lagi tak ?” Sapa Iman Iqram sambil tersenyum.

 

“Hihi, waalaikumsalam Abang Iq. Rindunya Isya pada abang Iq!. Oh ye, ummi, abi, auntie Amni dan uncle Aizat kirim salam kat abang Iq” Jawab Darwisya teruja.

 

“Waalaikumussalam. Okey Isya, let’s go. Omah dan Opah dah tunggu Isya kat rumah tu. Mereka dah tak sabar sangat nak tengok Isya yang semakin debab ni.” Gurau Iqram.

 

“Tak baik tau abang Iq ni!. Sedebab-debab Isya ni, sampai juga Isya kat sini. Tak pula terhempas kapal terbang tu membawa Isya yang debab ni kan dan sedebab-debab Isya pun, ramai orang sayang ape“ Isya mula membalas sambil tersenyum.

 

“Hahahaaha.” Iqram tergelak mendengar lawak dari sepupunya itu.

 

“Yeke ramai orang sayang?. Macam tak percaya je”. Iqram cuba mengusik lagi sambil melajukan kenderaan yang dipandunya.

 

“Eleh, abang Iq jelous kan sebab nanti bila Isya duduk kat Malaysia, Omah dan Opah akan lebih manjakan Isya daripada Abang Iq. So, silalah belajar menerima hakikat ya Abang Iman Iqram bahawasanya selepas ini kasih omah dan opah akan berbicara pada Isya pula.” Perli Darwisya.

 

“Hah, dah sampai pun cucu awak tu Datin Hasmah oi”. Teriak Datuk Azman sebaik sahaja terdengar bunyi enjin kereta Iqram.

 

“Assalammualaikum, omah, opah!” Teriak Darwisya di hadapan pintu sambil menanti ianya dibuka.

 

“Waalaikumsalam. Eh cucu omah dah sampai.? Amboi, bila dah besar ni makin cantik pula omah tengok.” Sambut Datin Hasmah sambil memeluk cucunya.

 

“Mestilah cantik omah, tengok lah acuannya pula kan”. Sampuk Iqram yang sedang menarik bagasi sepupunya itu.

 

“Hah, kamu tu Iqram. Lepas ni kamu yang kena jaga Isya. Yelah, kat rumah ni kamu sorang je hero yang boleh di harap. Minggu depan Isya dah mula belajar di Kolej kamu. Jadi, tolong jagakan Isya. Jangan kamu pula yang ajar dia buat benda yang tak betul. Opah suruh ayah kamu ‘ajar’ kamu nanti” Pesan Datuk Azman

 

“Baik Opah.” Iqram mengangguk  sambil memandang Darwisya.

 

Tahun berganti tahun dan kini sudah tiga tahun berlalu. Iqram sudah mula membiasakan dirinya menggalas tugas di Danau Emas Berhad. Darwisya pula kini sedang menuntut di semester akhir. Tidak siapa menduga rupanya keakraban Iqram dan Darwisya menerbitkan rasa sayang yang luar biasa. Telah wujudnya bait-bait cinta diantara mereka berdua. Iqram tidak boleh hidup tanpa Darwisya dan begitulah sebaliknya. Sehinggakan pada suatu hari Iqram menyatakan hasratnya kepada Datuk Azman, Lieya dan Affan untuk menjadikan Isya sebagai suri hidupnya.

 

“Abang, saya tak mahu Iqram dan Isya menjalin hubungan melebihi hubungan seperti adik beradik. Mereka tidak boleh bernikah dan itu tidak mungkin akan terjadi. Saya hanya mahu Iqram bernikah dengan Natashah. Natashah yang lebih sesuai untuk menjadi menantu kita, bukan Isya. Abang tolonglah nasihatkan Iqram.” Lieya cuba mengingatkan suaminya Affan.

 

“Abang tahu Lieya. Perkara ini tidak mungkin akan berlaku. Nanti abang akan berbincang dengan Arith dan Sarah. Abang akan memaksa mereka untuk pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan masalah Iqram dan Isya”. Jawab Affan.

 

“Assalammualaikum Isya sayang. Rindunya ummi pada Isya. Isya apa khabar? Sihat? ”. Sarah menanyakan khabar anaknya itu melalui telefon.

 

“Waalaikumsalam ummi. Isya sihat. Ummi dan abi sihat? Umi, tinggal lagi tiga bulan je Isya akan belajar di kolej ni. Lepas tu Isya dah boleh bekerja. Sekarang ni pun Isya sibuk dengan pelbagai tugasan dan projek. Selepas tu, bermulalah final exam. Ummi doakan Isya yea.” Jawab Isya yang sentiasa menceritakan keadaan dirinya kepada Sarah.

 

“Alhamdulillah, ummi dan abi sihat. Ye sayang, sungguh pantas masa berlalu. Umur ummi dan abi pun semakin bertambah Isya. Ummi dan abi akan  balik Malaysia minggu depan. Rindu nak tengok puteri ummi yang sorang ni ”. Bicara Sarah dengan penuh semangat.

 

“ Ye ke ummi?. Wah, seronoknya!”. Teriak Isya gembira.

 

“Baiklah sayang. Ada customer panggil ummi. Kita jumpa minggu depan ya sayang. Assalammualaikum.” Sarah meminta izin untuk menghentikan perbualan.

 

“Waalaikumsalam”. Jawab Darwisya sebaik sahaja talian terputus.

 

Sebaik sahaja Sarah dan Arith tiba di Malaysia, mereka menghabiskan masa seminggu bercuti bersama Darwisya di kampung halaman Sarah. Ini adalah di atas permintaan Sarah yang sangat merindui arwah emak dan ayahnya. Dia mahu menikmati dan merasai kebahagian hidup suatu ketika dahulu bersama-sama arwah. Sarah juga ingin memperkenalkan Darwisya Humairah, puteri tunggalnya kepada sanak saudaranya di kampung. Percutian di Kampung Seri Bayu itu bukan sahaja memberi kenangan indah buat mereka bertiga, malah dapat merapatkan lagi tali silaturrahim antara keluarga Sarah dengan saudara maranya yang hampir 20 tahun tidak bertemu.

 

“Along dan Kak Long nak bincang hal penting dengan Arith dan Sarah?. Pasal apa?” Soal Arith di hadapan Affan dan Lieya.

 

“Macamni lah, biar along berterus-terang. Baru-baru ini Iqram ada memberitahu Along, Kak Long, mama dan papa untuk menjadikan Isya ‘suri’ hidupnya. Isya juga menyayangi Iqram. Tetapi Along dan Kak Long tak mahu mereka di satukan. Kami mahukan Natashah menjadi isteri Iqram. Arith kena tolong kami menghalang percintaan mereka.” Jelas Affan.

 

“Along, kami tak ada hak untuk menghalang mereka mendapatkan kebahagiaan mereka. Lagipun mereka sepupu dan boleh berkahwin. Tiada larangan berkahwin sesama sepupu kan.” Jawab Arith.

 

“Tak boleh Arith!. Walauapapun, Kak Lieya tetap tidak mahu Isya menjadi isteri Iqram!.” Lieya mula lantang bersuara.

 

Tanpa mereka sedari, rupa-rupa perbincangan mereka itu telah di dengar oleh Iqram. Iqram tidak dapat menerima kenyataan yang mamanya tidak membenarkan dia mengahwini Isya. Iqram tanpa berlengah, mencelah perbincangan mereka. Iqram memarahi mamanya, Lieya dan mempersoalkan permintaan mamanya yang mahukan Natashah menjadi menantunya. Iqram tidak menyukai dan menyintai Natashah dan amat mustahil baginya untuk menjadi suami yang baik untuk Natashah. Dalam hati Iqram, hanya ada Darwisya Humairah.

 

Lieya cuba menenangkan Iqram yang sedang memberontak. Iqram amat kecewa dengan tindakan mama dan papanya. Kunci keretanya yang tergantung terus dicapai dan dipandunya dengan laju meninggalkan banglo Datuk Azman. Affan pun dengan segera mengikut Iqram. Dia risau seandainya Iqram melakukan sesuatu tindakan yang sia-sia untuk melepaskan marahnya.

 

Tiba-tiba telefon Lieya berbunyi. Dengan wajah penuh kerisauan, dia segera menjawab panggilan dari suaminya.

 

“Lieya, Iqram accident!. Sekarang abang di wad kecemasan Hospital Pantai.”  Beritahu Affan dengan ringkas.

 

“Ya Allah, semoga Iqram tidak apa-apa. Iqram accident!” Jerit Lieya seperti orang gila di hadapan Arith dan Sarah.

 

Sebaik sahaja mendengar berita itu, Arith segera memandu keretanya membawa kesemua mereka ke Hospital Pantai. Darwisya mula menangis. Dia risau sekiranya berlaku sesuatu pada Iqram. Kereta yang di pandu laju oleh ayahnya itu di rasakan seperti menaiki kereta lembu. Terasa terlalu lama mahu sampai ke Hospital Pantai.

 

Sampai sahaja di wad kecemasan Hospital Pantai, doktor segera memberitahu yang Iqram kehilangan banyak darah dan memerlukan penderma darah yang sepadan dengan jenis darahnya. Lieya dan Affan mula risau. Keadaan begitu mencemaskan dan akhirnya Lieya meminta Arith atau Sarah menjadi penderma. Darah dari Affan dan Lieya tidak sepadan dengan Iqram. Arith mula membuat ujian kesepadanan jenis darah tetapi tidak sepadan juga dengan jenis darah Iqram.

 

“Sarah, tolong. Hanya darah kau sahaja yang sepadan dengan darah Iqram. Aku yakin 100%. Tolong selamatkan Iqram, Sarah.” Rayu Lieya dengan tangis esak.

 

“Tapi kak….. tak mungkin darah saya akan sepadan dengan darah Iqram”. Sarah mula kebingungan bagaimana Lieya boleh terlalu yakin yang darahnya akan sepadan dengan darah Iqram.

 

“Tolong Sarah. Hanya darah kau sahaja yang sepadan. Percayalah pada akak. Tolonglah akak Sarah. Kasihankanlah Iqram” Rayu Lieya lagi sekali.

 

Bila terucap sahaja perkataan “kasihankanlah Iqram” dari bibir Lieya, air mata Sarah mula memancar. Dengan segera Sarah membuat ujian kesepadanan jenis darah dan ternyata jenis darah Sarah sama dengan jenis darah Iqram. Akhirnya darah Sarah berjaya disalurkan ke tubuh Iqram tetapi keadaannya masih lagi kritikal.

 

Selepas sahaja Sarah mendermakan darahnya kepada Iqram, dia bertanyakan kepada Arith kenapa hanya darah dia sahaja yang sesuai dengan jenis darah Iqram sedangkan yang sepatutnya perlu sepadan adalah Lieya atau Affan. Arith juga kebingungan dan mereka terus mendapatkan penjelasan daripada Affan dan Lieya.

 

“Maafkan akak, Sarah. Maafkan akak, Arith. Akak melakukan dosa besar terhadap kamu berdua.” Ucap Lieya sambil tersedu-sedu.

 

“Apa sebenarnya yang berlaku ni Along? Kenapa darah Sarah sahaja yang sesuai dengan Iqram? Kenapa bukan darah Along atau Kak Lieya?”. Arith mula bertanya untuk merungkaikan kebingungannya.

 

“Maafkan Along dan Kak Lieya. Kami berdua telah menzalimi kamu berdua dan seluruh ahli kelurga kita. 24 tahun lalu, kamu masih ingatkan kejadian sewaktu Kak Lieya dan Sarah terjatuh dan mereka berdua mengalami keguguran dan bayi kamu di sahkan meninggal akibat dari peristiwa tersebut. Sebenarnya, ketika di hospital, hanya bayi kamu sahaja yang dapat diselamatkan. Tanpa pengetahuan Sarah, Arith, papa dan mama, Lieya memaksa along menukarkan arwah bayi perempuan kami dengan putera sulung Sarah dengan dibantu oleh jururawat upahan kami. Along terpaksa mengikut permintaan Lieya disebabkan tekanan yang dihadapi oleh Lieya. Doktor mengesahkan bahawa rahim Lieya tidak lagi boleh berfungsi selepas kegugurannya itu. Lieya tidak boleh lagi hamil dan sekiranya dia hamil, ianya akan mengakibatkan risiko kehilangan nyawa. Along juga terpaksa melakukan pertukaran itu untuk mendapatkan waris demi mewarisi harta keluarga nanti. Maafkan Along dan Kak Lieya”. Jelas Affan dengan panjang lebar.

 

“Ya Allah, Iqram anakku!” Teriak Arith dan Sarah sambil berpelukan. Arith dan Lieya menangis dengan penuh hiba mengenangkan kezaliman Lieya dan Affan.

 

Arith dan Sarah berlari mendapatkan Iman Iqram. Mereka memeluk tubuh yang kaku itu seerat-eratnya sambil berteriakan.

 

“Iqram, anak abi! Iqram anak Ummi. Bangun sayang!. Ya Allah, janganlah Engkau menduga kami dengan dugaan yang tidak mampu kami harungi Ya Allah. Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami, Iman Iqram”. Begitulah ungkapan yang diluahkan oleh Arith dan Sarah.

 

Tiba-tiba mesin hayat berbunyi ‘tetttttttt’ dengan nada yang panjang.

 

“Iqram!” semua orang di situ menjerit memanggil nama Iman Iqram. Suasana hiba dipenuhi dengan esakan tangis dari Datuk Azman, Datin Hasmah, Lieya, Affan, Arith, Sarah dan Darwisya.

 

“Kau kejam Lieya! Sampai hati kau rahsiakan tentang Iqram daripada aku selama 24 tahun. Apa dosa aku pada kau?” Sarah tidak dapat manahan sabar dan terus menampar pipi birasnya.

 

Tiada siapa yang mampu menghalang tindakan Sarah. Lieya hanya berdiam diri dan membiarkan Sarah menamparnya. Malah dirasakan, tamparan itu tidak cukup untuk menghukum segala dosa-dosanya pada Sarah dan Arith.

 

Pusara Arwah Iqram ditempatkan bersebelah dengan pusara arwah bayi Lieya.

 

Darwisya seperti hendak pengsan ketika di pusara Iqram. Insan yang disayang, yang amat dicintainya hilang sekelip mata. Hidupnya terasa sunyi dan kosong. “Abang Iq, Isya tetap menyanjung dan mengingati segala jasa, masa dan tenanga yang dah Abang Iq korbankan untuk Isya. Semoga Abang Iq ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.” Doa Darwisya untuk Iqram yang dicintainya.

 

“Abang, Sarah tetap merasa bertuah kerana dapat berada di sisi Iqram di saat-saat akhir nafasnya. Saat kasih dan sayang di hati ini mula berbicara tentang Iqram, saat itulah titisan darah ini mengalir memasuki tubuhnya.” Luah Sarah sambil memegang erat jari Arith.

 

Sarah dan Arith mengambil keputusan untuk menetap semula di Malaysia. Mereka ingin merasai dan mendekati arwah Iqram yang telah dipisahkan oleh Lieya selama 24 tahun. Setiap hari Sarah, Arith dan Darwisya  melawat pusara Iman Iqram. Setiap kali itulah, terbit rasa kesal dan kecewa dengan tindakan Lieya terhadap mereka. Walaupun Sarah dan Arith sudah memaafkan kesalahan Lieya, tetapi belum tentu mereka boleh melupakannya. Lieya pula sudah menerima balasan disebabkan perbuatannya. Lieya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk akibat kehilangan Iqram. Dia kini berada di bawah jagaan rapi pusat rawatan mental dan jiwa.