Jika derita akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
Mengapa mesti dijalani dengan sepedih rasa?
Sedangkan ketabahan akan lebih indah saat derita itu mula beredar.

 

Jika kesedihan akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
Mengapa tidak dinikmati sahaja?
Sedangkan tangisan pastinya tak akan mengubah duka menjadi suka.

 

Jika luka dan kecewa akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
Mengapa mesti dibiarkan meracuni jiwa?
Sedangkan kesabaran adalah lebih utama sebagai penawarnya.

 

Jika kebencian dan kemarahan akan menjadi masa lau pada akhirnya,
Mengapa mesti dihina sepuas jiwa?
Sedangkan menahan diri adalah lebih berpahala.

 

Jika kesalahan akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
Mengapa mesti tenggelam di dalamnya?
Sedangkan taubat itu lebih utama.

 

Jika harta akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
Mengapa mesti ingin dikukuhi seorang diri?
Sedangkan dengan menderma pasti ia akan dilipatgandakan oleh-Nya.

 

Jika kepandaian akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
Mengapa perlu mendabik dada dan membuat kerosakan di dunia?
Sedangkan dengannya manusia diminta memimpin dunia agar lebih sejahtera.

 

Jika bahagia akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
Mengapa mesti dirasai sendiri?
Sedangkan bila berkongsi akan membuatkannya lebih bermakna.

 

Jika hidup akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
Mengapa mesti dijalani dengan perkara yang sia-sia belaka?
Sedangkan begitu banyak amal kebaikan yang boleh kita laksanakan.

 

Suatu hari nanti, setelah segalanya telah menjadi masa lalu,
Aku berharap aku akan tinggal bersama ‘mereka’,
Dan berbual tentang apa yang telah ‘mereka’ lakukan pada masa lalunya
sehinggakan mereka berjaya mendapatkan ‘anugerah’ itu…iaitu syurga.