Kringgg!!!. Nada penggera yang mengejutkanku setiap jam 5.15 pagi. Hati mula berkata “Masyaallah, sekejapnya dah pagi. Sekejapnya bertambah lagi sehari usiaku. Agaknya, tinggal berapa baki hari lagi yang tinggal untukku melihat keindahan fana ini Ya Allah?” Mudah-mudahan hari-hari yang aku jalani ini mendapat keberkatan dan keredhaan-Mu Ya Allah..Amin”.

Dalam bersiap-siap merapikan diri untuk “bersembang dan meluahkan rahsia hati” kepada Illahi akhirnya terdengarlah suara muazzin melaungkan azan Subuh. “Alhamdulilah, aku masih lagi diberi kesempatan mendengar alunan ‘muzik’ yang sungguh merdu dan suci ini”.

Selang sahaja beberapa jam kemudian, gelapnya alam mula bertukar menjadi cerah. Subhanallah, terasa kerdil diri ini melihat kebesaran-Mu Ya allah. Sungguh indahnya dan maha bijaksananya segala peraturan yang diciptakan oleh-Mu Ya Allah.

“Tit tit” kedengaran pula bunyi penggera kereta sebagai tanda dirinya kini sudah ingin digunakan. Dengan rasa tenang, aku pun mulalah memandu kenderaan menuju ke destinasi pencarian rezeki. “Semoga hari ini aku dapat bekerja dengan ikhlas dan semoga upahnya nanti menjadi halal untukku”.

Tik tok tik tok. “Masyaallah, cepat sungguh masa berlalu. Zohor sudah pun menanti. Dengan pantas aku segera mengambil wudu’ dan terus menunaikan solat Zohor. Alhamdulillah, aku berjaya melaksanakan kewajipan aku sebagai hamba-Nya. Selepas menunaikan solat Zohor, barulah diupahnya perutku ini dengan sepinggan nasi. Kerja terus dilaksanakan selepas sahaja kedua-dua ibadah tersebut telah dilaksanakan.

“Tik tok tik tok”. Jam di dinding mula dijengah. Pukul 4.30 sudah. “Masyaallah, pantas sungguh masa berlalu”. Tinggal sejam sahaja lagi berakhirlah tugasku untuk hari ini di pejabat ini. Hati mula berbicara ” Asar di rumah sahajalah nanti, SEMPAT rasanya. Insyaallah”. Dengan penuh harapan semoga Allah memberikan keSEMPATan untukku menunaikan solat Asar di rumah nanti.

Tetapi……………………………………..

Tiba-tiba, perut mula memulas-mulas. Terasa sengal. “Aduh, kenapa lah dengan perut ni. Di bawa duduk sakit, di bawa berdiri sakit, di bawa berjalan, lagilah sakit.” Mulalah aku bersuara seorang diri. Akhirnya, di gagahkan jugalah diri berjalan menuju ke tandas sambil memandang ke dinding jam menunjukkan tepat pukul 5.15 petang.

“Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah. Aku berdosa kerana tidak menghargai keSEMPATan yang telah Engkau berikan sejam tadi padaku”. Dengan hati yang penuh kesal dan hiba, air mata mula terbit dikelopak mata. Kini aku uzur (haid). Kalaulah aku tidak menurutkan kata hati tadi yang ingin menangguhkan Solat Asar di rumah, pastinya aku SEMPAT menyempurnakan solatku. “Astaghfirullahalazim, Ya Allah kau ampunilah dosaku Ya Allah”.

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Moral of The Story:

Jangan sesekali kita menyangka yang kita sentiasa SEMPAT melakukan apa yang kita hajatkan. Bersegeralah melaksanakan kewajipan bersolat selepas sahaja azan kedengaran. Bertangguh itulah yang menjadi punca kegagalan setiap umat manusia.  Wallahualam..