Ainna, gadis kecil molek yang sangat periang. Tidak kira sekeras mana pun penderitaan hidup yang di alaminya, semuanya menjadi lembut tatkala senyuman ikhlas terukir di bujuran hatinya. Sukar untuk seorang lelaki mendampingi gadis kecil molek ini disebabkan sikap tegasnya kadang-kadang seperti seorang ‘boyish’.  Ada sesuatu yang menyebabkan dia tidak boleh berkompromi dengan sesiapapun yang namanya lelaki.

“Ainna, selamat tinggal. Maafkan segala kesilapan Am. Am Tahu Am tidak layak untuk dimaafkan. Am berdosa pada Ainna.”  Hanya satu nota kecil yang diterima oleh Ainna daripada buah hatinya,  Ilham Daniel sekadar diselitkan di dalam buku notanya.

“Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.” Hanya suara wanita itu yang menyambut panggilan Ainna. Ainna ditinggalkan tanpa dijelaskan apakah puncanya. Terlalu perit saat yang dilaluinya ketika itu apabila kekasih yang dahulunya pernah mewarnai hari-harinya hilang begitu sahaja. Sejak daripada itu, hatinya telah dipahat kuat dengan rasa serik untuk memberi cinta dan menerima cinta. Terciptalah saat itu motto dirinya, “Lelaki?? Tiada Cinta Yang Akan Ku Beri Dan Akan Ku Terima”.

Kini kisah perit itu sudah tiga tahun berlalu. Segala-galanya tentang Ilham Daniel sudah tidak terpatri lagi di lubuk hatinya. Dia sudah dapat bernafas dan terasa bebas menikmati hari-harinya. Walaupun begitu, sikap tegas dan garangya tidak boleh lagi disingkirkan daripada dirinya. Bebelan ibunya  yang menyuruhnya menjadi seorang gadis yang lebih berlemah lembut menjadi sebuah alunan lagu baginya. Sudah tidak diendahkannya lagi akan ‘alunan lagu’ tersebut.

“Ainna, betul ke ni semua barang kau? Kenapa macam pelik je barang-barang yang kau beli ni.” Tanya sepupunya yang sibuk mengeluarkan barangan yang dibeli  di kaunter pembayaran.

“Apa yang peliknya Sarah oiii. Betullah tu. Kau  jangan risaulah, duit aku cukuplah nak bayar semua barang-barang tu”. Jawab Ainna selamba tanpa melihat semua barangan yang sudah diletakkan Sarah di atas kaunter.

“ Seratus Lima Ringgit, Tiga Posen cik.”  Beritahu juruwang pasaraya itu kepada Ainna dan Sarah.

“Takpe dik, biar abang bayar semuanya. Nah, ambil duit ni”. Tiba-tiba seorang lelaki datang menerpa dan terus membayar barangan tersebut kepada juruwang.

“Awak ni sape? Amboi, baiknya hati tolong bayarkan barang-barang saya ni. Anyway, thanks  a lot .” Tiba-tiba Ainna bersuara.

“You’re welcome. Anyway thanks a lot kat awak juga sebab tolong tolakkan troli saya ni sampai ke kaunter. Thanks a lot juga sebab tolong saya, so saya tak payah saya nak beratur panjang nak bayar barang-barang yang saya beli ni. Cik adik manis, tu troli awak yea dan yang ini troli saya! ”. Dengan selambanya lelaki itu bercakap dan terus meninggalkan Ainna dan Sarah sambil diketawakan oleh juruwang tersebut.

“Kurang ajar punya jantan. I hate men forever and ever!.” Jerit Ainna sambil diperhatikan beberapa pembeli lain yang sedang beratur untuk membayar. Dengan wajah penuh redha, Ainna dan Sarah mengambil troli mereka yang sebenar dan beratur semula untuk membayar.

Bila sampai di rumah, Ainna pun dengan segera mengemas dan menyusun barang-barang yang dibeli tadi. Tiba-tiba mata Ainna tertarik dengan sehelai cebisan kertas berwana kuning.

Meluap-luap api kemarahannya selepas membaca nota tersebut apatahlagi Ainna yang pada masa itu teringat akan perbuatan lelaki tersebut yang menganiayanya serta memalukannya. Dengan segera dia mengambil ‘handphone’ nya dan dengan pantasnya jari jemarinya menekan nombor telefon si pencuri troli tersebut. “Diceramahkannya” pencuri troli tersebut dengan ceramah yang akan menusuk sanubari kepada sesiapa yang mendengarnya. Itulah Ainna, lidahnya lebih pantas berfungsi jika dibandingkan dengan otaknya di saat marahnya bermaharajalela.

Dua hari berlalu. Tiba-tiba Ainna tersedar akan kekasarannya terhadap si pencuri troli tersebut. Dia ingin memohon maaf di atas keceluparan lidahnya saat dia memarahi lelaki tersebut. Tetapi, ada tersimpan setitik dakwat ego di dalam hatinya. Dipendamkan sahaja rasa bersalah itu.

Tiba-tiba, handphone nya berbunyi. Di bacanya satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali.

Ainna pada masa itu sudah menyedari kekasarannya pada lelaki tersebut, mula menyingkirkan keegoan dirinya. Dengan penuh rasa rendah diri Ainna membalas pesanan ringkas itu dengan kata-kata maaf dan kesal.

Sejak dari itu, hubungan Ainna dengan  Iman Danish menjadi rapat. Perkenalan mereka yang disebabkan sebuah troli akhirnya membawa mereka berdua menuju ke alam bahagia. Daripada troli itu jugalah, Ainna belajar untuk memaafkan seorang insan yang bernama lelaki dan menyingkirkan keegoan dirinya. Kini dia bahagia menyelami cintanya bersama suaminya Iman Danish dalam satu insiden ‘tercuri’ troli.

P/S:   Cerita ini rekaan semata-mata. Tiada kena mengena samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Karya asal dr Jarijemari87.