Sebelum Memperoleh Cintamu,

Aku Tak Mampu Melelapkan Mataku,

Telingaku Menagih Sapaan  Suaramu,

Sentiasa Berharap,

Setiap Malamku Ditemani Mimpi Indah Bersamamu.

Berkat Kesungguhan Dan Kesabaran Itu,

Kini Dirimu Menjadi Tawananku,

Alhamdulillah,

Hanya Allah Yang Tahu Bagaimana Gembiranya Hatiku.

Pernah Aku Mencalarkan Lukisan Indah Cinta Kita,

Dengan Contengan Warna  Sedih Penuh Luka,

Mulianya Hatimu, Atas Dasar Cinta..

Kau Dengan Penuh Tekun Dan Sabar,

Membaiki Contengan Itu Sehingga Menjadi Sempurna

Aku Berdosa…

Maafkan Aku Kerna Aku Terbuai Dengan Khayalan Dusta,

Yang Akhirnya Membuat Kau Tersiksa.

Kita Tetap Bersatu,

Mungkin Allah Mengetahui Ketulusan Cinta Kau Dan Aku,

Hubungan Kita Masih Bertahan Walaupun Pernah Disulam Pilu,

Adakah Ini Suratan Luf Mahfuz,

Bahawa Diri Aku Tercipta Untukmu.

Kini, Dengan Penuh Rasa Bangga,

Inginku Katakan Bahawa Sesungguhnya,

Segala Jiwa Raga, Suka Duka,

Akan Ku Curahkan Dengan Rela,

Hanya Untukmu Wahai Cinta.

Sehingga Kini,

Aku Masih Mengingati Kata-Kata Sucimu….