Dianggaran 200 nyawa terkorban setiap hari di Somalia… Bayangkan, betapa dahsyatnya kesusahan hidup rakyat tersebut. Apakah punca sebenar penderitaan hidup mereka? Perbalahan, Pergaduhan, Peperangan !!..

Memang benar secara georafinya keadaan suhu negara tersebut adalah panas dan kering sepanjang tahun. Kemarau terburuk dan perang saudara yang berlaku di Afrika pada tahun 1992 telah membunuh hampir 300,000 nyawa kerana kebuluran. Somalia, yang terletak di Benua Afrika, berkedudukan di sepanjang Teluk Aden dan Lautan Hindi. Ia disempadani oleh Djibouti di barat laut, Ethiopia di barat, dan Kenya di barat daya. Di kawasan ia adalah sedikit lebih kecil daripada Texas. Somalia mempunyai dua sungai utama, Shebelle dan yang Juba. Adakah disebabkan keadaan muka buminya yang panas dan kering itu menyebabkan kesusahan hidup mereka? Adakah kerana sukarnya untuk menjalankan aktiviti pertanian menyebabkan mereka tiada sumber bekalan makanan? Dari sudut pandang saya, itu cuma ‘sub-factor’ kemiskinan mereka.

Antara Januari 1991 dan Ogos 2000, Somalia tidak mempunyai kerajaan kerana pada masa itu Presidennya Siad Barre melarikan diri dari negara itu akibat daripada kekalahannya dalam peperangan menentang Ethiopia. Pemergian Presiden Siad Barre akhirnya meninggalkan Somalia di tangan beberapa kumpulan gerila berasaskan kaum, tiada seorang pun yang mempercayai antara satu sama lain.

Perang saudara tersebut terus berlarutan walaupun telah wujudnya pemilihan pemimpin baru dan peralihan kuasa pada tahun 2001-2004. Sehingga tahun 2006, akhirnya Ethiopia melancarkan serangan udara terhadap Islam kerana mereka merasa terancam dengan keselamatan serantau dan dalam beberapa hari Pasukan Darat Ethiopia dan tentera Somalia yang setia kepada kerajaan peralihan kembali mengawal Mogadishu. Seminggu kemudian kebanyakan golongan Islamis telah dipaksa untuk melarikan diri dari negara. Ethiopia mengumumkan bahawa tenteranya akan kekal di negara ini sehingga kestabilan adalah terjamin dan fungsi kerajaan pusat telah ditubuhkan.

Kalau nak diceritakan lagi kisah sejarah peperangan dan ketidakstabilan sistem pemerintahan Somalia ni, memang panjang. Disebabkan itulah, rakyatnya menderita dalam kemiskinan dan kebuluran. Misi bantuan kemanusian yang dilancarkan oleh negara kita Malaysia merupakan salah satu anugerah yang tidak ternilai bagi rakyat Somalia ini. Tetapi pernahkah anda terfikir, sampai bilakah kita akan terus menghantar kontena-kontena berisi makanan dan ubatan ini ke Somalia?? Sedangkan pemeritahan mereka tidak pernah berusaha untuk mencapai keamanan dan kesepakatan sesama mereka.

Dari sudut pandangan jarijemari87, yang perlu  dilakukan adalah perbetulkan segala perbalahan dan perang saudara antara mereka. Bila keamanan telah tercapai, barulah pembangunan akan terlaksana. Rakyat mereka tidak lagi perlu mengerah keringat berjalan kaki berbatu-batu jauhnya untuk mendapatkan bantuan makanan dan ubatan. Yang paling menyayat hati, nyawa terkorban sebelum dapat merasa makanan dan ubatan yang disalurkan.

Rakyat Malaysia, para pemimpin yang bijaksana, ambillah iktibar daripada kisah Somalia ini. Jangan kita sesama sendiri bertelagah merebut kuasa untuk mentadbir negara. Bersatu padulah memacu negara. Barulah kita hidup dalam sebuah ‘kehidupan’.

P/S:  16/9/11- Selamat Hari Malaysia!!

 

Video meruntun jiwa bagaimana nasib rakyat Somalia.