Kemeriahan pesta harga barang naik lagi tak dilihat akan berhenti setakat ini sahaja. Satu demi satu sekarang ini sedang “menunggu giliran” dan waktu yang sesuai menaikkan harga produk masing-masing. Kalau pergi beli barang dengan bawa duit bernilai RM50 berapa sahaja yang boleh dibeli. Ertinya nilai wang kita semakin rendah. Yang mana dahulu belajar ekonomi, inilah waktu yang sesuai untuk merasai sendiri dalam kehidupan seharian

Sejak daripada awal bulan Jun 2011 lalu:

Kemudian bagi senarai harga barang naik termasuklah :

  • Harga roti Gardenia
  • Harga ikan
  • Harga ayam
  • Harga susu
  • Dan lain-lain lagi & begitu yang akan datang.

Anda ada nak tambah senarainya? Anda juga boleh update setiap kenaikan harga di ruangan komen di bawah…haha  🙂

Terbaru, produk Nestle dijangka akan menaikkan harga sehingga 7%  bermula 1 Julai 2011. Yea, hari ini!! . Kalau diikutkan produk Nestle dah naik harga sejak 1 Mei 2011 lagi sebanyak 6% selepas kenaikkan harga gula sebelum itu.

Sambutan Hari Raya dah tak lama lagi, memang sinonim kalangan masyarakat kita yang beragama Islam untuk berbelanja lebih sedikit. Tak cukup dengan produk Nestle, Cola juga tidak mahu ketinggalan menaikkan harga produk mereka. Berapa anggaran kenaikkannya masih belum ada pengumuman rasmi lagi daripada mereka. Nantikan sahaja…..

Ia dilihat daripada rantaian besar dek kerana perubahan dasar bagi kadar harga diesel bersubsidi, tarif elektrik dan harga gula sehingga menyebabkan penghantaran stok melalui lori mereka bagi produk Nestle & Cola sedikit terjejas, operasi kilang mereka turut juga terjejas dan Nestle juga menggunakan gula yang dah naik harga tempoh hari. Jadi, mahu tidak mahu mereka perlu lakukan sesuatu. Lagipun mereka orang bisnes. Jadi, alasan untuk naik harga adalah kerana menampung kenaikkan kos yang mereka hadapi. Akhirnya, yang menerima akibatnya siapa?

 

Sumber diperoleh dr : http://beritasemasa.com/senarai-harga-barang-naik-2011