Kalau zaman dahulu, gaji sebulan sekitar RM500 sebulan contohnya, belanja pula hanya sekitar RM300 sebulan sahaja, sudah dapat membuat sedikit simpanan disebabkan serba-serbi murah pada masa itu termasuk harga barang . Sekarang gaji yang diterima RM700-RM800 sebulan tetapi kos sara hidup sekitar RM1,000 sebulan malah mungkin lebih daripada itu akibat cengkaman daripada pelbagai kenaikan harga barang dan pelbagai jenis cukai yang dikenakan.

Bagi kami rakyat biasa………

 

Peningkatan pendapatan dan inflasi berkait rapat. Teorinya, apabila pendapatan meningkat, harga barang meningkat dan inflasi juga terbabit sama. Hanya pengurangan inflasi, akan membuatkan harga barang lebih terkawal, justeru itu meningkatkan kuasa beli pengguna.

 

 

Katakan kita bandingkan kebanyakan yang bergaji RM700 sebulan, masih lagi bujang, tinggal pula di luar bandar, tiada tanggungan, kurang hutang RM700 dengan individu yang  yang mempunyai gaji RM2000 yang sudah berkeluarga, tinggal di bandar, pelbagai jenis hutang ditanggungnya dan caj yang pelbagai apabila tinggal di bandar. Apa bezanya di sini?

 

Satu lagi perkara yang kurang bagi Malaysia adalah inovasi. Kita sepatutnya banyak belajar dari negara seperti “salah satu daripada negara Harimau Asia” iaitu Korea Selatan merujuk kepada bank dunia di mana suatu masa dahulu pendapatan per kapita bagi Korea Selatan pada tahun 1970 adalah lebih rendah daripada Malaysia iaitu dengan perbandingan $260 versus $380.  Dahulu……cerita lama. Sekarang?

 

Sekarang Korea Selatan sudah melonjak tinggi yang mana ada berlaku PERUBAHAN BESAR di negara mereka di mana perdapatan per kapita Korea Selatan terhadap Malaysia adalah $21,530 versus $6,760.  Banyak produk dari Korea Selatan ketika ini sangat terkenal di serata dunia daripada produk berunsurkan automatif, elektronik, drama & filem dan lain-lain lagi…..Malaysia pula,  di mana perginya hasil kajian dan  rekacipta dikalangan pelajar universiti mahupun tokoh akademik yang seringkali terpampang di muka depan akhbar-akhbar arus perdana yang acapkali melaporkan kejayaan mereka merangkul pingat emas di GENEVA contohnya, di mana kesudahan hasil kajian, ciptaan dan rekacipta mereka?

 

Bandingkan bagaimana negara haram Israel menitikberatkan penghasilan rekaan baru dan rekacipta. Negara haram Israel ini bukan setakat memberikan galakan semata pada peringkat permulaan, kerana mereka mahu melihat satu rekacipta yang mampu memberikan impak yang cukup besar kepada dunia. Selain itu, pelajar universiti di sana begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya  sehingga melepasi tahap yang ditetapkan, kumpulan mereka yang berjaya akan menerima keuntungan sebanyak $US1juta! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen di sana.

 

Mana perginya hasil ciptaan pelajar-pelajar universiti kita yang dapat emas perak hasil rekacipta mereka di luar sana? Mana pergi? Kajian angkawasan Syeikh Muzaffar apa hasilnya?

 

Sepatutnya Malaysia tidak harus mengambil laluan ini untuk mencapai pendapatan perkapita yang tinggi semata. Sebaliknya harus mempelajari cara lain untuk meningkatkan pendapatan yang tidak akan menyebabkan inflasi dan kehilangan kuasa beli.

 

Sumber:http://beritasemasa.com/pendapatan-perkapita-malaysia-vs-kuasa-beli