Sedarkah kita dalam melayari kehidupan seharian kita ketika melayari internet, kadang-kadang memakan masa sehingga berjam-jam lamanya. Kalau tujuan surfing itu untuk mencari bahan berfaedah, oklah juga kan.

Tapi yang merugikan dan melalaikan apabila internet yang kita gunakan itu untuk sekadar berchatting, mencari ‘kawan’ yang ntah dari keturunan mana pun kita xtau. Ada pula, sebab internetlah sesetengah manusia ditipu, dianiaya, difitnah dan sebagainya

Bayangkan  masa kita melayari internet tu kita gantikan dengan membaca Al-Quran. Rasanya, dlm masa seminggu dua dah khatam dah kan kita semua. Betapa hebatnya teknologi rangkaian internet yang dicetuskan oleh yahudi untuk melalaikan kita sebagai umat islam.

Oleh itu, gunakanlah kemudahan yg anda semua miliki ini untuk mencari seberapa banyak ilmu yg berguna. Kerana tak semua manusia beruntung. Ada insan yang tak berkemampuan malah tak mengenali pun apa itu komputer, apatahlagi untuk menggunakan kmudahan internet ini.

* Renung-renungkanlah, dan berubahlah kepada kebaikan*