Korang tau kan tarian poco-poco tu mcm mana. Kenapa ada yang kata haram? Kenapa pula ada yang kata harus?. Benda-benda macam ni lah yang menimbulkan masalah bila tak tau hukum sebenarnya.

Cuba korang tengok step tarian poco-poco ni.. Pastu fikir tang mana haram..tang mana harus.

Antara hujah yang mengatakan tarian ini haram daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak adalah:

1- Mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

2- Manakala anggapan yang mengatakan pergerakan poco-poco sama dengan bentuk salib.

Kemudian, dinyatakan harus oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan.

Bagi akulah, berpeganglah kepada kaedah yang diajar oleh Nabi SAW. Pertama, tinggalkan perkara yang meragukan kepada yang tidak meragukan. Kedua, tinggalkan perkara yang syubuhat (tidak jelas halal dan haramnya) nescaya akan selamatlah maruah agama dan diri kita.

Tapi perlu ingat, haram itu adalah DOSA bila kita melakukannya, dan HARUS itu pula, mendapat pahala bila melakukannya. Jadi mana satu hukum yang betul???

Yang haramnya bila penari-penari tu berpakaian xsenonoh, buka sana buka sini. Yang haramnya bila tarian tu menyebabkan persentuhan antara lelaki dengan perempuan bukan mahram. Yang menjadi haram bila tarian itu memerlukan pemujaan dan menyekutukan Allah.

Tapi bila menari tarian tu tanpa mendedah aurat, tak bersentuhan dengan bukan mahram, dan tujuan utamanya untuk senaman agar menyihatkan tubuh badan barulah boleh dikatakan Harus. Wallahualam.🙂

Renung-renungkan hadith ini yer:

Sabda Rasulullah saw : “Sungguh sebesar besar kejahatan diantara muslimin adalah orang yg mempermasalahkan hal yg tidak diharamkan, namun menjadi diharamkan sebab ia mempermasalahkannya” (Shahih Bukhari)