Tahukah anda apa yang telah dikurniakan Allah kepada kita itu adalah yang terbaik bagi kita. Tak perlu kita menginginkan sesuatu yang terlalu melampau.Macam hidup aku, sederhana…Alhamdulillah.

Takutnya aku kalau dilahirkan atas duit dan kekayaan, kerana bimbang harta itu melalaikan aku dan membuatkan aku menjadi manusia yang tidak bersyukur.

Takutnya aku menjadi orang yang terlalu cantik, risau kalau-kalau nanti ada pula yang tergila-gila kan aku dan membomohkan aku untuk mendapatkan aku.

Takutnya aku, bila menjadi manusia yang terlalu bijak, bimbang kebijakkan itu memesongkan akhlak dan akidah ku. Bila terlalu bijak, pasti akan mempertikaikan semua perkara termasuk isi kandungan Al-Quran, As-Sunah,dan Hadith. Nauzubillah Min Zaliq.

Takutnya aku bila menjadi orang berpangkat tinggi, takut kalau pangkat itu membuatkan aku menjadi seorang pemimpin yang zalim kepada rakyat (orang bawahan).Takut kalau pangkat itu membuatkan aku mengamalkan rasuah dan mendahulukan kroni-kroniku daripada insan yang sepatutnya lebih berhak dalam mendapatkan segala macam bantuan.

Takutnya aku menjadi manusia yang terlalu miskin, bimbang kalau kemiskinan itu mengajar aku menjadi manusia yang mudah berputus asa dan melakukan apa jua perkara untuk mendapatkan kekayaan.

Aku bersyukur menjadi manusia yang sederhana. Tidak terlalu kaya, cantik, bijak, berpangkat dan tidak terlalu miskin. Alhamdulillah.
Apa yang penting, cukuplah dengan adanya sebuah family yang saling bergantungan dan sentiasa mengharungi susah senang bersama.

Bersederhanalah dalam kehidupan anda semua.

Jika anda dilahirkan dikalangan orang-orang kaya, maka belanjakanlah harta itu kearah kebaikan, bukan kemaksiatan. Jadilah orang kaya yang pemurah.

Jika anda dilahirkan berwajah cantik, kacak, maka janganlah menggunakan kelebihan itu untuk mempermainkan hati dan perasaan orang lain. Jagalah kecantikan itu selari dengan akhlakmu.

Jika anda dilahirkan dari golongan manusia yang bijak pandai, maka sebarkanlah ilmu yang berguna kepada manusia lain kerana ilmu itulah yang membantumu di akhirat kelak.

Jika anda dilahirkan dalam keluarga yang terlalu miskin, jangan mudah berputus asa dan menyalahkan takdir Allah. Sesungguhnya kemiskinan itulah yang menjadikan anda seorang yag penyabar. Bukankah sabar itu separuh daripada iman.

Oleh itu, sama-samalah kita melakukan penghijrahan dalam diri kearah kebaikan. Assalammualaikum.