“Dah gelap dah ni. Kat mana nak berhenti ni. Dah berbunyi-bunyi dah plak dia ni”. Aku merungut.

“ala, sabarlah, kang ada jumpa kat depan ni saya berhentilah”. Jawab sahabat karibku, Zara.. ”

“Hah, ada pun..Alhamdulilah, nasib baik masih buka warung ni, kalau tak, menari-narilah cacing dalam perut kawan aku ni karang.” Perli Zara.

Bila enjin kereta dimatikan sahaja, aku dan Zara pun menuju ke warung tersebut.

“Nak order ape nak?” tanya makcik empunya warung makan tersebut.

“Kueh teow goreng yea makcik, satu..errmmm air teh tarik.. tambah satu telur mata kerbau boleh makcik” tanya aku. Lantas dengan nada tenang makcik itu menjawab “boleh nak”. Aku mengukirkan senyuman tanda terima kasih diatas layanan hormat makcik tersebut kepada kami.

“Saya order mee goreng ye makcik, dengan telur mata kerbau juga..ermm teh tarik satu” sampuk zara sambil tersenyum.

Warung usang itu dilengkapi tv lama ala-ala tv era 80-an. Klasik sungguh warung ni. Mesti makanan yang dimasak juga klasik. Maklumlah orang lama yang masak. Tiba-tiba, aku terpandang di hadapan aku satu tempat yang memeranjatkan. Tanah perkuburan.


Jarak antara warung dengan kubur tersebut lebih kurang 10 meter sahaja. Mula-mula masuk warung tu, memang xperasan pun ada kubur tetapi bila dah duduk, ternampak terus batu-batu nisan. Taklah takut sebab ramai orang makan di warung tersebut. Lagipun warung ni terletak ditepi jalan utama. Sentiasa bising dengan bunyi kenderaan.

Bila sampai sahaja kueh teow goreng dan mee goreng itu, kami berdua pun tanpa menoleh kiri dan kanan menikmatinya dengan penuh asyik. Boleh tahan, sedap..banyak juga.

Masa tengah mengunyah makanan tu, aku tiba-tiba terfikir, aku enak menikmati kelazatan makanan di sini. Agaknya bagaimanalah keadaannya penghuni-penghuni kubur tersebut?. Mungkin sedang meraung mengharungi azab kubur, mungkin sedang gembira mendapatkan ganjaran amalnya ketika di dunia. Wallahualam.
Kalaulah mata ini tidak dihijab, pasti aku akan dapat melihat keadaan-keadaan mereka.

Masa ni, terfikirlah aku walaupun jarak aku dengan kubur tersebut tidaklah jauh, namun ternyata dunia aku dengan penghuni tersebut berlainan. Aku dengan kehidupan duniaku, mereka dengan kehidupan alam barzakh mereka. Sungguh besarnya kuasa Allah kerana menjadikan dua dunia yang berbeza walaupun jaraknya hanya beberapa meter. Subhanallah.

“Makcik, tolong kira, kami dah habis mkn”. Terdengar suara Zara memanggil makcik tersebut.

“Sepuluh ringgit je nak” jawab makcik tersebut.

Selepas sahaja duit diberikan, kami pun berangkat menuju ke kereta untuk pulang ke rumah.

————————————————————————————————————————————————

For the first time aku makan dekat dengan kubur. Ditemani puluhan batu nisan. Betul-betul menginsafkan aku. Aku dengan nikmat duniaku, sedangkan ‘mereka’ menghadapi dunia ‘mereka’ yang sama sekali berbeza. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

————————————————————————————————————————————————