Al-Kisah berlaku di dalam surau sebuah golf club. Biasalah tempatnya juga adalah tempat untuk orang-orang kenamaan, berpangkat dan berharta beriadah.

Dipendekkan cerita, selepas sahaja aku menunaikan solat zuhur, aku pun mulalah membuka surah Yaasiin. Hari itu pun adalah hari Jumaat, memang menjadi kebiasaanku membacanya pada hari tersebut. Tiba-tiba masuk dua orang wanita dalam lingkungan 40an ke dalam surau tersebut. Biasalah, bila masuk surau mestilah nk solat kan.

Aku pun meneruskanlah bacaan yaasinn ku dan mereka pun menunaikan solat mereka. Sesudah sahaja mereka selesai solat, ketika itu aku masih belum lagi habis baca yaasin.. Sehinggalah mereka selesai melipat telekung dan sejadah mereka, aku ketika itu sedang membaca doa yaaasin. Kira dah nak selesailah bacaan yaasin tadi.

Tiba-tiba, seorang dari mereka dengan penuh rasa tidak beradabnya mencampakkan sejadah surau tersebut di hadapan aku. Terkejut sangat-sangat. “Akak ni tak tau beradab sikit ke. Kalau ye pun, letaklah elok-elok sejadah tu” Hatiku mendengus. Masa tu otakku mula berfikir, agaknya bacaanku tadi mengganggu solatnya ke? Tapi rasanya bacaanku tidaklah terlalu kuat, kerana aku tau menghormati kekusyukkan solat seseorang.

Mungkin kerana dia orang berada, jadi adab dan tatasusila itu hanya mainan baginya. Mungkin juga kerana dia merasakan dirinya seorang yang berpangkat, jadi dia rasa tidak perlu menjaga hati orang-orang biasa seperti aku. Tapi hakikatnya orang biasa seperti aku ini pun punya hati dan perasaaan. Apatahlagi aku dalam keadaan melakukan tugas sebagai hamba Allah.

Apalah guna harta betimbun-timbun, apalah guna pangkat tingi, tapi budi bahasa langsung tidak ada. Semoga kita semua tahu menjaga adab dan sentiasalah menghormati hati dan perasaan orang lain.

Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan, malaikat akan sentiasa merekodkan apa yang kita lakukan. Oleh itu, berwaspadalah dan jadilah manusia yang disayangi Allah dan Malaikat.