“Saya sayang kamu”, “Saya cinta kamu”, ”Hidup saya sunyi tanpa kamu”. Bila terdengar sahaja bait-bait kata tersebut, mesti seperti mahu gugur jantung kita kan. Tapi adakah ianya benar-benar ikhlas? Janganlah kita mudah tertipu dengan ungkapan kata-kata keramat tersebut. Kadang-kadang ayat-ayat tersebut hanya sekadar dengungan sinis sikumbang sesat.

Sekadar menasihati kaum-kaum hawa yang mudah terpedaya dengan ungkapan tersebut semasa di alam maya. Bukan sahaja di alam maya, di alam nyata pun mungkin pernah berlaku. Lemahnya hati seorang wanita, sehingga tergadainya kesucian diri hanya kerana ungkapan itu.

Sekiranya lelaki itu belum secara sahnya menjadi suami kamu, maka abaikan sahaja segala ungkapan itu.Belum tentu lagi kamu akan menjadi isteri mereka setelah kamu menyerahkan hati, perasaan dan maruah kamu. Juga untuk pengetahuan kamu, tiada seorang lelaki pun akan memusnahkan kesucian kamu jika mereka menginginkanmu menjadi permaisurinya. Jika dari awal lagi percintaan kamu memerlukan sidia menggadaikan kesucian kamu itu, maka fikirlah sedalam-dalamnya, Ikhlas Ungkapan Itu?

Bila kita menjadikan nafsu sebagai petunjuk, kelak kita sendiri akan menyesal. Kesucian itu tidak boleh didapatkan lagi sekiranya telah diberi. Yang menjadi mangsa kelak, adalah lelaki yang telah ditakdirkan oleh Allah menjadi suami kamu.

Alangkah beruntungnya kamu bila kamu menggunakan akal kerana akal itulah menjadi benteng diantara kebaikan dan kemungkaran.