“Madinah selain dikenali sebagai kota nabi, ternyata ia memiliki panorama alam yang indah yang dikelilingi oleh deretan bukit bukau atau dalam bahasa Arab dikenal jabal. Disamping jabal Uhud yang terkenal kerana sejarah peperangan zaman Rasulullah SAW, ada lagi jabal magnet yang terletak sekitar 30 KM dari kota Madinah menuju arah kota Tabuk.

 

Jabal magnet (bukit magnet) juga dikenali sebagai Manthaqotul Baido (tanah putih). Jabal magnet terletak di luar wilayah haram, kawasan ini ditempuh sekitar 30 minit dari pusat kota Madinah. Perjalanan ke arah jabal magnet perlu melalui hamparan pasir, pepohonan dan gunung berbatu menambah keindahannya. Konon jabal magnet ini merupakan pusat magnet terbesar didunia, hal ini dirasakan dari daya magnet terhadap kenderaan yang dalam keadaan gear neutral, kenderaan dapat bergerak dgn laju.  Sebaliknya, kenderaan yang melintas menuju di jabal magnet akan terasa berat, kerana terjadi arus tarik menarik.

 

Jalan-jalan di kota Madinah menurun, namun kedudukannya tidak curam, yang menghairankan, kenderaan akan terus melaju dengan kelajuan sehingga mencapai 130 KM/jam dalam keadaan enjin kenderaan dimatikan. Namun, keajaiban yang ada di tanah suci itu hanya berlangsung sekira 2 hingga 3 kilometer sahaja.

 

Melihat fenomena yang ada itu, membuat kita bertanya-tanya akan keajaiban dari ciptaan Allah. Hanya Dialah yang mengetahui rahsia disebalik semua ciptaannya. Subahanallah”.

 

About these ads